Pantai Bharu  
Home About Pantai Bharu Promotions Contacts Sitemap
Automobiles Car Service & Car Parts Insurance Properties Aviation Travel
 
 
Education
For Enquiries +60333423636
Overview Annual Activites Class Schedule Curriculum Teachers Reports
 
 
 
Laporan Murid , Guru & Kakitangan Iqra` Institut 2010 Seksyen 8 & 9
 

Mulai 1 Disember 2009, IQRA` Institut telah menyelaraskan sesi kerja baru guru-guru iaitu 8.00 pagi – 5.00 petang seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengarah yang lepas. Sila rujuk lampiran.

IQRA` Institut mempunyai 2 cawangan seperti berikut :

Cawangan Seksyen 8
Cawangan Seksyen 9

Untuk melancarkan perjalanan operasi kedua-dua cawangan ini, pihak pengurusan telah menetapkan guru-guru dan kakitangan seperti berikut:

Bilangan Guru
Seksyen 8 2009 2010
Guru Lelaki 2 Orang 3 Orang
Guru Perempuan 2 Orang 2 Orang
Jumlah 4 Orang 5 Orang
     
Seksyen 9 2009 2010
Guru Lelaki 5 Orang 4 Orang
Guru Perempuan 10 Orang 9 Orang
Jumlah 15 Orang 13 Orang

 

Bilangan Murid
Seksyen 8 2009 2010
Kelas Qiraati 20 Orang 36 Orang
Kelas Al Quran 25 Orang 44 Orang
Kelas Al Quran Dewasa 3 Orang 4 Orang
Jumlah 48 Orang 84 Orang
     
Kelas Fardu Ain (Darjah 1-5) 62 Orang 75 Orang
Jumlah Keseluruhan 130 Orang 159 Orang
     
Seksyen 9 2009 2010
Kelas Qiraati 94 Orang 145 Orang
Kelas Al Quran 110 Orang 139 Orang
Jumlah 15 Orang 13 Orang
     
Kelas Fardu Ain ( Darjah 1-6 ) 276 Orang 311 Orang
Jumlah Keseluruhan 481 Orang 595 Orang

 

 
Laporan Prestasi Akademik Tahun 2009 / 2010
 

Latar Belakang

Pada tahun 2009, IQRA` Institut mempunyai bilangan murid seramai 345 orang  berbanding murid pada tahun 2008 seramai 301 orang pertambahan 44 orang. Daripada jumlah tersebut, 94  murid telah mengambil peperiksaan seperti berikut :

43 orang Sijil Rendah Agama ( PSRA )
51 orang Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK )

Prestasi Akademik

Peperiksaan Sijil Rendah Agama yang dikendalikan oleh JAIS pada tahun 2009 telah diumumkan dan rekod peratus lulus ialah 81.6 % manakala peratus gagal ialah 18.4 % .

Perbandingan keputusan PSRA tahunan sejak tahun 2001 - 2009 adalah seperti berikut :

Tahun 2001 66.66 %
Tahun 2002 77.72 %
Tahun 2003 71.40 %
Tahun 2004 84.21 %
Tahun 2005 63.00 %
Tahun 2006 96.40 %
Tahun 2007 92.90 %
Tahun 2008 80.50 %
Tahun 2009 81.60 %

Calon yang mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) pada tahun 2010 seramai 45 Orang.

Adapun Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah peperiksaan yang  dikendalikan oleh JAKIM. Pada tahun 2009, IQRA` Institut masih lagi mengekalkan prestasi yang cemerlang dengan rekod peratus 100% selama 4 tahun berturut-turut dari tahun 2006 – 2009. Calon yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun 2010 seramai 56 Orang.

Pusat Peperiksaan Iqra` Institut

Untuk kemudahan murid-murid, IQRA` Institut telah memohon pusat peperiksaan PSRA sendiri dan bertempat di IQRA` Institut Seksyen 9. Dengan itu, sukacita di maklumkan bahawa permohonan ini telah diluluskan oleh JAIS. Mulai tahun 2010, IQRA` Institut  akan memulakan pusat peperiksaan di tempat sendiri yang akan bermula pada 30 September – 5 Oktober 2010. Sebelum ini , IQRA` Institut menumpang pusat peperiksaan di SRA Seksyen 3, Shah Alam.

 
     
     
 
Pantai Bharu
Copyright © 2010 Pantai Bharu. All Rights Reserved.
 
Join us on Facebook Talk to us on Twitter Find where we are via Foursquare