Melalui perkhidmatan ini, anda boleh mendapatkan nota lindung elektronik anda dengan serta-merta dan dirujuk ke JPJ untuk membolehkan anda mendapatkan cukai jalan kenderaan.
Bayaran untuk perlindungan TN Motor melalui MotorTakaful.com ini adalah secara online melalui kad kredit atau perbankan internet (FPX).
Anda akan menerima nombor rujukan nota lindung elektronik anda melalui emel dan juga satu akaun online khas di portal takafulnasional.com.my
Untuk melaksanakan transaksi secara online di MotorTakaful.com, kami sarankan supaya anda menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk rujukan semasa transaksi:
• |
Polisi atau Nota Lindung Motor oleh syarikat Insuran/Takaful terdahulu |
|
Pendaftaran Kenderaan (Geran Kenderaan) |
|
Butiran kenderaan untuk Kenderaan Baru |
Mod pembayaran online yang ditawarkan:
Kad Kredit (VISA atau MASTERCARD)
Perbankan Internet FPX terhad kepada sijil berbayar sehingga RM5,000 hanya kepada pelanggan bank-bank yang menyertai FPX
• |
Public Bank |
|
Bank Islam |
|
Bumiputra-Commerce Bank |
• |
Hong Leong Bank |
Perkara Dilindungi
Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.
Manfaat
Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan
Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:
• |
Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakan |
|
Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal |
• |
Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh |
• |
Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi |
|
Kebakaran, letupan atau kilat |
• |
Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian |
• |
Perbuatan niat jahat |
• |
Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:
• Jalan raya, rel, jalan air pendalaman
• Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar |
Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:
• |
Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga |
|
Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta |
Jenis Sijil
• |
Sijil Takaful Kereta Persendirian |
• |
Sijil Takaful Motorsikal |
|
Sijil Takaful Kenderaan Komersial |
|
| |
|
|
|